Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kejayaan bergaya pada edisi kali ini mempamerkan prestasi cemerlang para atlet dengan ada antaranya berjaya memecahkan rekod kejohanan kali ini. Foto TVS

Skuad Powerlifting Para Sarawak lepasi sasaran, raih 13 pingat emas

KUCHING, 27 Sept: Skuad Powerlifting Para Sarawak berjaya melepasi sasaran dengan meraih sebanyak 13 pingat emas pada temasya Para SUKMA ke-21.

Kejayaan bergaya pada edisi kali ini mempamerkan prestasi cemerlang para atlet dengan ada antaranya berjaya memecahkan rekod kejohanan kali ini.

Jurulatih Pasukan Powerlifting Para Sarawak, Jamil Adam berkata disiplin dan komitmen yang tinggi terhadap acara sukan yang diceburi menjadi asas kepada kejayaan seseorang atlet.

“Jadi itulah sebabnya apabila kita memilih atlet ke nasional, dan kemudian dari situ kami boleh memantau sama ada anda boleh pergi jauh atau setakat itu sahaja tahap anda berdasarkan prestasi atlet itu sendiri.

“Maksud saya, disiplin dan komitmen dalam acara, itulah asas utama kejayaan atlet itu sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui pemberita di temasya sukan Para Powerlifting di Dewan Serbaguna Jabatan Belia dan Sukan Sarawak di Kuching pada Jumaat.

Secara keseluruhan, skuad Powerlifting Para Sarawak mengumpul sebanyak 18 pingat iaitu 13 emas, satu perak dan empat gangsa.

Manakala pada temasya Para SUKMA MSN Kuala Lumpur 2022, skuad Sarawak meraih tujuh pingat keseluruhan iaitu empat emas, dua perak dan satu gangsa. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan