Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Atlet para Sarawak meraih 82 pingat emas setakat ini

Satu emas lagi untuk capai sasaran

ByMahathir Haroun

KUCHING, 27 Sept: Sarawak memerlukan satu lagi pingat emas untuk mencapai sasaran ditetapkan pada Para SUKMA XXI.

Setakat ini, Sarawak berjaya meraih 82 pingat emas, 51 perak dan 72 gangsa.

Olahraga menjadi sukan paling menyerlah selepas atlet Sarawak berjaya meraih 33 pingat emas, 24 perak dan 37 gangsa.

Ia diikuti renang dengan 17 pingat emas, 13 perak dan 11 gangsa.

Powerlifting pula menyumbang 13 pingat emas, satu perak dan empat gangsa.

Sebanyak tiga pingat emas, tiga perak dan dua gangsa diraih atlet boling padang Sarawak.

Boccia tidak kurang hebat apabila atlet Sarawak berjaya merangkul tiga pingat emas, tiga perak dan dua gangsa.

Atlet pingpong Sarawak turut cemerlang selepas memenangi tiga pingat emas dan dua perak.

Kem badminton Sarawak pula menyumbang tiga pingat emas, satu perak dan empat gangsa.

Sebanyak satu pingat perak dan lima gangsa diraih atlet catur Sarawak.-TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan