Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemenang acara pingpong beregu campuran bergambar bersama pingat masing-masing pada hari terakhir

Sabah, Selangor tambah koleksi pingat emas

KUCHING, 27 Sept: Sabah dan Selangor menambah koleksi pingat emas pada hari terakhir acara pingpong Para SUKMA XXI hari ini.

Pemain Sabah, Tham Kah Fong berjaya menumpaskan pesaingnya dari Terengganu, Asrul Hashim 13-11, 10-12, 11-7 dan 12-10 dalam perlawanan yang berlangsung di SJK Chung Hua No. 3.

Pingat gangsa acara perseorangan lelaki kerusi roda (kelas 4-5) diraih pemain Selangor, Mohd Rizal Majid.

Selangor menerusi Amanina Najwa Abdul Rashid dan Mohd Syazreel Amri Mohd Ariffin pula cemerlang dalam acara beregu campuran berdiri (kelas 18) selepas mengalahkan pasangan beregu Terengganu Nurul Nasuha Mohd Anuar dan Muhammad Khalid Imran Maslim.

Pasangan beregu campuran dari Sabah, Mohd Nazizul Hamzah dan Halimatus Saadiah Madsah pula meraih gangsa.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan