MIRI, 27 Sept: PersatuanĀ Raban Ngepan Iban (RNI) menekankan kepentinganĀ memelihara adat asal Iban dalam kalangan masyarakat agar warisan itu tidak dilupakan oleh generasi akan datang.
Pemenang acara berkumpulan bermain adat asal Tali Gayu iaitu Dicglos Igai Beti dan Priscilla Sidi dalam pada itu mengajak masyarakat berbangsa lain agar menghargai dan memelihara warisan budaya yang merupakan identiti bangsa Iban.
āKita mesti menanam dalam hati diri kita sendiri, terutama kepada orang-orang yang bukan Iban, supaya bangsa bukan Iban tidak melupakan adat Iban atau pemain asal Iban ini tidak pupus ditelan arus perkembangan.
āIni adalah pesanan saya kepada semua kita, supaya kita sama-sama terus menjaga dan memelihara adat asal kita agar tidak hilang, supaya dipandang tinggi oleh orang lain,ā katanya ketika ditemu bual oleh TVS, di sini, hari ini.
Pada acara itu, tempat ketiga diraih oleh kumpulan Ruyam Sempulang Gana yang terdiri daripada Alexson Buel, Angline, dan Syrell, manakala tempat kedua diperoleh oleh kumpulan Geri Tangkong Kenyalang yang terdiri daripada Samuel Unting Jonathan, Kartina Bagan, dan Jashnie Tyrance. -TVS