Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Foto fail Bernama

Program TVET tahfiz terus tunjuk perkembangan positif – Ahmad Zahid

ByBernama

MELAKA, 27 Sept: Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Tahfiz terus menunjukkan perkembangan positif apabila 622 pelajar aliran tahfiz sedang menjalani latihan dalam bidang teknologi dan profesional melalui program berkenaan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata melalui program itu juga sebanyak 17 hufaz telah mendapat pekerjaan termasuk dalam bidang penerbangan.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Majlis TVET Negara turut yakin hufaz yang sedang menjalani latihan berkenaan akan diambil bekerja oleh syarikat multinasional antarabangsa atau tempatan selepas tamat pengajian kelak.

“Saya berbangga melihat Institut Teknologi Penerbangan Universiti Kuala Lumpur (UniKL MIAT) dan Institut Kemahiran MARA (IKM) Lumut yang telah melahirkan ramai graduan TVET Tahfiz yang bukan sahaja mahir dalam teknologi malah hufaz profesional yang menyumbang kepada pelbagai sektor industri,” katanya.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) berkata demikian kepada media selepas merasmikan Ekspo Institusi Pendidikan TVET@KKDW 2024: Memperkasa Agenda TVET Nasional di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh hari ini.

“KKDW juga giat melaksanakan TVET Tahfiz yang mengintegrasikan pendidikan Islam dengan kemahiran teknikal bagi melahirkan modal insan hufaz,” katanya.

Dalam pada itu Ekspo Institusi Pendidikan TVET@KKDW 2024 yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini, merupakan tahun keenam pelaksanaanya melibatkan penyertaan dan kerjasama daripada 279 institusi pendidikan TVET@KKDW di bawah tujuh agensi KKDW. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan