KUCHING, 27 Sept: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bakal menyempurnakan Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-40 Persatuan Lembaga Pengelola Sekolah Rendah Cina Bantuan Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) pada Selasa, 1 Oktober 2024.
Presidennya, Dato’ Chai Voon Tok berkata majlis bertemakan ’40 Tahun Dedikasi, Mewariskan Obor’ itu diadakan sebagai tanda penghargaan masyarakat cina terhadap kepimpinan Abang Johari.
Voon Tok mengenang kembali cadangan yang diusulaknnya apda 2020 berkenaan penubuhan Unit Khas Sekolah Rendah Cina mendapat perhatian Abang Johari.
“Inisiatif ini diluluskan oleh Premier, yang membawa kepada penubuhan ‘Unit Khas untuk Sekolah Cina’ di bawah Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan.
“Sejak itu, pembiayaan tahunan kerajaan telah diberikan kepada sekolah rendah Cina bantuan yang memerlukan pemindahan, pembinaan, dan pengembangan, dengan pembiayaan awal sebanyak RM8 juta pada tahun 2020 yang meningkat kepada RM12 juta tahun lepas.
“Persatuan ini mengucapkan terima kasih yang tulus kepada Premier di atas sokongan beliau yang tidak berbelah bahagi kepada semua sekolah rendah Cina bantuan di Sarawak,” katanya.
Sementara itu kenyataan persatuan terbabit hari ini mendedahkan majlis turut meraikan pencapaian persatuan selama empat dekad di wilayah ini.
“Dengan kerjasama rapat bersama lembaga sekolah, ibu bapa, guru, dan komuniti, persatuan ini telah memastikan tidak ada sekolah rendah Cina yang ditutup.
“Dalam dekad lalu, persatuan ini berjaya memindahkan tiga sekolah rendah Cina bantuan — SJK Chung Hua Sungai Tapang, SJK Chung Hua Bako, dan SJK (C) Kai Nang yang berisiko ditutup akibat kekurangan pelajar,” menurut kenyataan itu.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian juga bakal hadi pada majlis berkenaan.
Untuk rekod, tiket untuk majlis makan malam kini tersedia dijual dan maklumat lanjut bagi pembelian tiket, sila hubungi sekretariat persatuan di 082-421021 atau melalui emel di kch.sama.chinese@gmail.com. – TVS