Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mangsa, Hazwi Danial A Rashid ditemui pada jam 2.48 petang, di dasar tasik dengan kedalaman kira-kira empat meter. Foto JBPM

Pelajar tingkatan dua lemas di tasik

KOTA KINABALU, 27 Sept: Aktiviti mandi tasik 20 pelajar sebuah sekolah menengah di sini berakhir dengan tragedi selepas salah seorang daripada mereka lemas.

Kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu dilaporkan berlaku di sebuah tasik berhampiran perumahan Residensi Manggatal, Kota Kinabalu.

Mangsa, Hazwi Danial A Rashid, 14, ditemui pada jam 2.48 petang, di dasar tasik dengan kedalaman kira-kira empat meter.

Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang turut hadir membantu di lokasi kejadian.

Difahamkan, selain Hazwi, seorang lagi rakannya, Adi Iskandar Abdullah, 14, turut dilaporkan hampir lemas namun berjaya diselamatkan rakan lain selepas diberi bantuan pernafasan (CPR).

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas Agustavia Joe Guasi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 12.44 tengah hari.

Katanya, seramai 13 anggota BBP Lintas dan empat anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Kota Kinabalu terus dikejarkan ke lokasi kejadian.

Maklumat awal kejadian membabitkan dua orang mangsa lemas di dalam tasik berkenaan ketika mandi bersama 18 rakan sekolah.

Bagaimanapun, mangsa pertama berjaya diselamatkan dan diberikan bantuan CPR oleh rakan sehingga sedar, manakala mangsa kedua pula gagal ditemui.

Pasukan bomba yang berada di lokasi terus menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan tepi dan permukaan tasik sebelum mangsa berjaya ditemui.

Berikutan penemuan mangsa, operasi SAR ditamatkan sepenuhnya pada jam 3.12 petang tadi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan