Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kontinjen Johor mendominasi catur pada hari terakhir setelah hampir seminggu berlangsungnya Temasya Para (PARA SUKMA) edisi ke 21. Foto: Izzah Kamilah (TVS)

Para catur: Johor dominasi acara pada hari terakhir

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 27 Sept: Kontinjen Johor mendominasi acara catur sebelum temasya Para SUKMA ke-21 melabuhkan tirai esok.

Ketua Jurulatih Para Catur Johor Nasrul Humaimi Mahmood mengakui persaingan sengit dalam menambah pingat buat Johor menyuntik semangat para atlet untuk bangkit pada saat terakhir.

“Jika dilihat pada hari kedua Johor juga telah mendominasi dan jika dilihat dalam kutipan pingat, kita bersaingan dengan negeri Selangor.

“Jadi sukan catur adalah harapan bagi Johor untuk menambah pingat. Oleh itu, kami berusaha sehabis mungkin dan hari ini kita telah memperoleh enam pingat emas,” katanya ketika ditemui TVS selepas Majlis Penutupan dan Penyampaian Pingat Para Catur di sini, hari ini.

Tambahnya, selepas berehat, pasukan Johor bakal meneruskan latihan bagi kejohanan seterusnya sekali gus memberikan tumpuan yang lebih dalam untuk mencungkil bakat baharu dan pelapis pada masa hadapan.

Beliau dalam masa sama turut berterima kasih kepada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor yang memberikan sokongan dan dorongan dari segi kewangan, menyediakan tempat latihan yang kondusif dan sebagainya.

“Tidak lupa juga kepada Kerajaan Negeri Johor yang memberi elaun kepada atlet Orang Kurang Upaya (OKU) . Saya percaya atlet OKU perlu diberi perhatian dan mendapati galakan dan dorongan yang terbaik diberikan kepada Pasukan Catur Johor,” katanya lagi.

Terdahulu, Johor berjaya mengutip sebanyak enam pingat emas, empat perak dan tiga gangsa pada Jumaat.

Ia sekali gus menjadikan negeri itu berjaya meraih keseluruhan pingat sebanyak 11 emas, lima perak dan enam gangsa. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan