Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sarawak yang diwakili Julaihi Khalik Lamat, Marcos Chang Hao Hong dan Wong Kee Soon berjaya menumbangkan kontinjen Melaka dan Selangor dengan 2,135 jatuhan. Foto Akma Salleh (TVS)

Para boling tenpin: Sebutir lagi pingat emas untuk Sarawak

ByAkma Salleh

KUCHING, 27 Sept: Kem boling tenpin para Sarawak menghadiahkan satu lagi pingat emas menerusi acara TPB8+TPB9+TPB10.

Kilauan itu menyaksikan keseluruhan emas yang dipungut Sarawak kini sebanyak 82 pingat.

Pingat emas Sarawak itu diraih menerusi acara berpasukan tiga yang diwakili Julaihi Khalik Lamat, Marcos Chang Hao Hong dan Wong Kee Soon berjaya menumbangkan kontinjen Melaka dan Selangor dengan 2,135 jatuhan.

Melaka yang diwakili Mohd Amiruddin Kamarudin, Mohd Azrin Rahim dan Muhammad Mulhim Md Jani pula memenangi pingat perak dengan 2,082 jatuhan pin.

Sementara itu, Selangor memperoleh gangsa dengan 2,075 pin dengan aksi Ahmad Nazri Hamzah, Nadia Syafika Abd Rahman dan Muhamad Amin Abd Rashid.

Dalam pada itu, satu lagi pasukan Sarawak yang diwakili Alim Sohai, Mohd Feroz Hamdan dan Abg Yusdi Abg Annuar terpaksa berpuas hati apabila berada ditempat keempat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan