Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Neoteric Engineering memenangi tempat pertama dalam SME Bank Sandbox Swiss Innovation Challenge 2024 dan bakal beraksi di Switzerland pada 21 Oktober 2024 untuk membentangkan projek inovasi mereka.

Neoteric Engineering juarai SSSIC 2024, wakil Malaysia ke Switzerland

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUALA LUMPUR, 27 Sept: Pasukan Neoteric Engineering dinobatkan sebagai juara utama  SME Bank Sandbox Swiss Innovation Challenge (“SSSIC”) 2024 sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM30,000.

Menurut kenyataan hari ini, mereka juga bakal mewakili Malaysia dalam Swiss Innovation Challenge 2024 International Pitch di Switzerland pada 21 Oktober 2024.

Tambah kenyataan itu lagi, dua wakil daripada Neoteric Engineering akan membentangkan projek inovasi kemenangan mereka yang merevolusikan pertanian dan perniagaan tani dengan inisiatif Perladangan Ketepatan Dipacu Data, menggunakan teknologi canggih seperti AI, IoT, dan data satelit untuk meningkatkan kecekapan dan kemampanan.

Menteri Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) Datuk Ewon Benedick berkata pencapaian berkenaan berpotensi dalam memberi nilai kepada ekosistem PKS.

“Kerjasama ini memupuk inovasi dan kemampanan dalam ekosistem keusahawanan tempatan kami dan menyokong Agenda Pembangunan Mampan 2030 Kerajaan.

“Tambahan pula, SSSIC 2024 merupakan contoh yang baik daripada Kerajaan untuk mewujudkan banyak peluang, melalui agensinya, untuk terus memperkasakan usahawan tempatan kami di dalam pasaran tempatan dan antarabangsa,” tambahnya menerusi kenyataan berkenaan.

Dalam pada itu, Pemangku Presiden Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SME Bank, Datuk Dr. Mohammad Hardee Ibrahim mendedahkan bahawa SME Bank Sandbox Swiss Innovation Challenge 2024 kerjasama antara SME Bank dan Swiss Innovation Challenge (“SIC”), sebuah program berprestij yang dimiliki oleh School of Business of the University of Applied Sciences and Arts Northwestern Switzerland (FHNW) yang memupuk inovasi di kedua-dua negara ASEAN dan Eropah.

“Kerjasama ini telah memberikan SME Bank peluang, bersama-sama dengan rakan strategik kami, untuk menyediakan platform yang unik bagi usahawan dan PKS mempamerkan idea perniagaan inovatif mereka.

“Melalui cabaran ini, kami berusaha untuk memberi inspirasi kepada penyelesaian baharu, memacu model perniagaan yang lestari dan memberi impak yang bermakna dan berkekalan kepada masyarakat sekitar,” ujarnya lagi.

Di bawah Kategori Terbuka, pemenang lain termasuk ProFeather sebagai naib juara menerima RM20,000, manakala Materials in Works meraih tempat ketiga dengan hadiah RM15,000.

Seterusnya bagi Kategori Pengajian Tinggi, Sunshine (FarmE) dari Asia Pacific University of Technology & Innovation membawa pulang RM20,000 sebagai juara, diikuti oleh Smartlink Innovation (Ecowatch) dari Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman yang meraih RM15,000 sebagai naib juara, serta REMORA dari University of Southampton yang menerima RM10,000 sebagai pemenang ketiga.

Sebanyak 439 penyertaaan pada SSSIC 2024 kali ini sementara sebanyak 68 pasukan telah disenarai pendek, dengan hanya 19 finalis terdiri daripada 10 daripada kategori Terbuka dan 9 daripada kategori Pengajian Tinggi.

Kategori Terbuka merangkumi syarikat permulaan, spin-off dan syarikat yang berusia tidak lebih daripada lima tahun, manakala Kategori Pengajian Tinggi terdiri daripada institusi pengajian tinggi awam dan swasta di Malaysia. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan