LIMBANG, 27 Sept: Seekor monyet liar menceroboh masuk rumah salah seorang penduduk di Kampung Bakol di sini pagi tadi.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Limbang Kapten (PA) Bonnie Madisun berkata sepasukan anggota begegas ke lokasi pengadu yang terletak sekitar 15 kilometer dari Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Limbang susulan menerima panggilan berhubung kejadian yang berlaku kira- kira jam 9 pagi tadi.
“Sebaik tiba di lokasi, monyet liar itu sedang berada di dalam bilik tidur pengadu,dan operasi menangkat monyet liar itu menggunakan penjerut mengambil masa kurang 10 minit,” katanya kepada pemberita hari ini.
Operasi menangkap monyet liar itu ditamatkan jam 9.26 pagi. – TVS