Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Zaini memegang bendera Jalur Gemilang selepas muncul juara

Misbun Limbang cemerlang di China

LIMBANG, 27 Sept: Pemain kelahiran Limbang, Zaini Garip mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa selepas muncul juara kategori perseorangan lelaki umur 70 hingga 74 tahun Kejohanan Badminton Global China ke-28 dari 19 hingga 22 September lepas.

Selaku juara, Zaini yang berusia 72 tahun dan lebih dikenali sebagai Misbun Limbang menerima hadiah berupa pingat, raket dan sijil penyertaan.

Naib juara disandang pemain dari Hong Kong dan tempat ketiga pemain dari Beijing.

Zaini berkata, ia merupakan kemenangan kedua diraih selepas kali pertama pada 2018.

“Kejohanan ini memang sukar kerana ramai pemain handalan China turut serta,” katanya.

Kejohanan Badminton Global China ke-28 disertai 12 negara dan wilayah termasuk Singapura dan Malaysia yang menyaksikan 4,000 acara dan 192 juara.

Zaini menjelaskan, setakat ini beliau sudah merangkul 20 kejuaraan dunia termasuk yang terbaru di China.

“Ia termasuk kategori perseorangan lelaki umur 70 hingga 74 di Kejohanan BWF Dunia pada 17 September tahun lepas,” ujarnya.

Selain itu, Zaini pernah merangkul kejuaraan pada Kejohanan 47th World Badminton Morning Cup di Taipei pada 2018.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan