Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Panglima Divisyen Pertama Infantri Malaysia Mejar Jeneral Datuk Mohamad Fauzi Kamis menyampaikan sumbangan kepada isteri mendiang, Grace Jummit Sylvester. Foto TVS

Mendiang Koperal Petrus selamat disemadikan

SARIKEI, 27 Sept: Jasad anggota Batalion Ketiga Rejimen Renjer Diraja (3 RRD), Koperal Petrus Linggi Liman, 29, selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Persendirian Sungai Raba di sini, hari ini.

Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan itu dengan kehadiran anggota keluarga yang turut mengiringi jenazah.

Sebelum itu, keranda mendiang diusung oleh lapan anggota pasukan tentera dengan mendaki lereng bukit sambil diiringi ahli keluarga dan penduduk kampung.

Pada masa sama, istiadat ketenteraan turut dijalankan sebelum disusuli penyerahan bendera Jalur Gemilang dan ucapan takziah daripada Panglima Divisyen Pertama Infantri Malaysia Mejar Jeneral Datuk Mohamad Fauzi Kamis kepada isteri mendiang, Grace Jummit Sylvester.

Bendera berkenaan diserahkan sebagai tanda penghargaan dan pengorbanan mendiang yang berbakti kepada negara dan tentera.

Kira-kira 100 orang termasuk ahli keluarga mendiang, pegawai ATM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut menghadiri upacara persemadian itu sebelum selesai jam 8.10 pagi.

Mendiang Petrus meninggal dunia semasa menjalani latihan di kawasan Song pada awal pagi Isnin.

Sebelum kejadian mendiang dan kumpulannya dilaporkan sedang berehat berhampiran jalan balak sebelum terkena tembakan rambang.

Mangsa kemudiannya diberi rawatan kecemasan sebelum dikejarkan ke Klinik Kesihatan Song sebelum dirujuk ke Hospital Kapit dan disahkan meninggal dunia. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan