Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Atlet Para Sukma Badminton Kontinjen Sarawak Nurzammiezatul Syafiqqah Mohd Zamberi merakam gambar kenangan di Dewan Persatuan Badminton Sarawak BDC Kuching di Kuching pada Jumaat. Foto TVS

Menang pingat emas ibarat satu mimpi indah

KUCHING, 27 Sept: Atlet badminton para Sarawak, Nurzammiezatul Syafiqqah Mohd Zamberi tidak menyangka mampu meraih pingat emas acara perseorangan wanita SH6 pada Para SUKMA XXI yang pertama kali disertainya.

Menurutnya, beliau bersyukur dengan kejayaan tersebut walaupun berasa gementar sepanjang pertandingan.

“Saya tidak percaya dengan apa yang berlaku, ia bagai satu mimpi indah selepas berjaya mengalahkan pesaing lain walaupun baru beberapa bulan berlatih.

“Sejujurnya, saya tidak pernah mengikuti mana-mana program sukan dan ini adalah yang pertama,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengurus Pasukan Badminton Para Sarawak, Colis Ruman menyifatkan Nurzammiezatul pemain berpotensi tinggi untuk mewakili negara di pentas antarabangsa.

Menurutnya, penampilan pertama Nurzammiezatul menyaksikan beliau menunjukkan prestasi membanggakan.

“Sekiranya beliau terus dilatih, besar kemungkin boleh mewakili Malaysia pada masa akan datang.

Sementara itu, Nurzammiezatul turut meraih pingat gangsa dalam acara beregu campuran SH6 bersama Ardiles Benson.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan