Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Keadaaan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di Bintangor pada Jumaat. Foto Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor

Lelaki cedera motosikal bertembung kereta

BINTANGOR, 29 Sept: Seorang lelaki cedera selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Bakong di sini.

Insiden berlaku ketika mangsa berusia 30 tahun itu dalam perjalanan menghala ke arah pekan Bintangor.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor, Penolong Penguasa Bomba Nicholas Belulin berkata, kemalangan mengakibatkan mangsa tercampak ke dalam parit sedalam satu meter.

“Difahamkan mangsa dalam perjalanan menghala ke Bintangor manakala kereta dari arah bertentangan.

“Kemalangan menyebabkan mangsa cedera di pergelangan tangan dan kaki kiri ,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nicholas berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian pada jam 7.18 pagi sebelum mengarahkan sepasukan anggota ke lokasi untuk menghulurkan bantuan.

Sebaik tiba di lokasi katanya, bomba memberikan rawatan awal kepada mangsa sebelum menyerahkannya kepada pasukan paramedik sebagai tindakan lanjut.

“Pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan namun insiden mengakibatkan kenderaannya mengalami kerosakan teruk terutama di bahagian hadapan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan