Buenos Aires, Argentina 27 Sept 2024: Kemiskinan di Argentina meningkat sehingga menjejaskan lebih 52 peratus penduduk dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.
Laporan bagi separuh pertama 2024 menunjukkan bahawa 52.9 peratus daripada 47 juta penduduk Argentina kini hidup dalam kemiskinan dan hampir satu daripada lima adalah tidak berkemampuan.
Angka kemiskinan meningkat daripada 41.7 peratus pada separuh kedua 2023, kata agensi perangkaan INDEC.
Penganalisis melihat ia ada kaitan dengan dasar baharu yang ditetapkan pendtadbiran Presiden Javier Milei.
Sejak memegang jawatan pada Disember, kerajaan Milei telah menerapkan program penjimatan drastik dengan tujuan menghapuskan defisit bajet dan menjinakkan inflasi kronik.
Hasilnya ia telah mengurangkan subsidi untuk pengangkutan, bahan api dan tenaga, walaupun beribu-ribu penjawat awam kehilangan pekerjaan.
Inflasi bulanan di Argentina mencapai 4.0 peratus pada Julai, terendah dalam 2.5 tahun, sebelum meningkat semula kepada 4.2 peratus pada Ogos.
Angka tahunan sebanyak 236.7 peratus pada bulan Ogos kekal sebagai salah satu yang tertinggi di dunia.
Pada Disember, apabila Milei memegang jawatan, inflasi bulanan melonjak sebanyak 25.5 peratus selepas dia menurunkan nilai peso lebih daripada 50 peratus.
Langkah itu, sebagai tambahan kepada pemotongan bajet yang teruk dan menyekat kuasa beli.
Pada Januari, kerajaan melaporkan lebihan belanjawan bulanan pertamanya dalam tempoh hampir 12 tahun. – TVS