Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi ketika ditemui TVS, selepas menyaksikan pertandingan boling tenpin sempena temasya Para Sukan Malaysia (SUKMA) di Megalanes Emart, di sini, hari ini. Foto Fiqri Razak (TVS)

Gelanggang Pickle Ball dibina di DUN Pantai Damai, lahir bakat muda Sarawak – Dr Abdul Rahman

ByAkma Salleh

KUCHING, 27 Sept: Sebuah gelanggang sukan ‘Pickle Ball’ sedang dibangunkan di kawasan DUN Pantai Damai, kata Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai itu mendedahkan kemudahan berkenaan disediakan bertujuan untuk melahirkan atlet yang berkebolehan untuk mengharumkan nama Sarawak suatu hari nanti.

“Kita sangat bersyukur kerana lokasi Pantai Damai sangat strategik dan dikelilingi kemudahan sukan sedia ada seperti stadium dan sebagainya. Malah kini, kita sedang berusaha untuk membina prasarana sukan yang diminati oleh anak muda dan juga orang kampung. Jadi untuk pembangunan di Pantai Damai, kita merancang untuk membina gelanggang Pickel Ball dan Petanque.

Selain itu, kita juga sarankan kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKK), jika ada tanah sesuai untuk kita bina gelanggang Petanque. Manakala dewan kampung yang ada kemudahan pula untuk kita bina gelanggang Pickle Ball yang kini sebenarnya sedang dalam proses pembinaan,” katanya.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi itu berkata demikian ketika ditemui TVS, selepas menyaksikan pertandingan boling tenpin sempena temasya Para Sukan Malaysia (SUKMA) di Megalanes Emart, di sini, hari ini.

Beliau juga optimis pembinaan itu juga secara tidak langsung akan menggalakkan penyertaan masyarakat secara keseluruhan agar melibatkan diri dalam acara sukan.

“Ia juga untuk melahirkan masyarakat yang sihat minda dan fizikal dan inilah yang sedang kita lakukan dalam pembangunan kita di kawasan Pantai Damai,” jelasnya.

Dalam masa sama, Dr Abdul Rahman turut menzahirkan tahniah kepada menteri bertanggungjawab bagi Para SUKMA iaitu Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah.

Dr Abdul Rahman menyifatkan Fatimah serta pihak pengurusan telah memikul amanah dengan baik serta menunjukkan prestasi yang sangat cemerlang.

“Sekarang kita sudah ada 81 pingat emas (setakat berita ini ditulis) dan secara keseluruhan pingat untuk emas, perak, dan gangsa adalah 201 pingat. Ini merupakan pencapaian yang amat cemerlang, hanya tinggal dua emas sahaja lagi untuk kita capai sasaran 83 emas itu.

Saya yakin dalam masa setengah hari sahaja lagi, Sarawak masih mampu mendahului kontinjen negeri lain untuk menjadi juara pada kempen Para SUKMA 2024 ini,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan