Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua individu berdepan detik cemas selepas kereta dinaiki tiba-tiba terbakar di Jalan Lebuh Raya Pan Borneo, Bau, malam tadi. Foto JBPM

Dua individu cemas kereta terbakar

BAU, 27 Sept: Dua individu berdepan detik cemas selepas kereta dinaiki tiba-tiba terbakar di Lebuh Raya Pan Borneo di sini, malam tadi.

Komander Operasi, Nelson Phang berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 9.34 malam seterusnya menggerakkan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau ke lokasi kejadian.

“Kebakaran melibatkan sebuah kereta yang terbakar keseluruhan.

“Pemandu berusia 48 tahun bersama-sama seorang penumpang berusia 35 tahun berjaya keluar darioada kenderaan dalam keadaan selamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pihak bomba bertindak membuat operasi pemadaman menggunakan satu aliran 100 kaki satu pancutan pam jentera dan sumber air dari tangki jentera sehingga api berjaya dipadam sepenuhnya.

“Setelah memastikan tiada lagi punca api dan keadaan selamat, pihak bomba bertolak balik ke balai,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan