Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sarawak Forestry Corporation (SFC) Bintulu dengan bantuan pihak polis Tatau berjaya menangkap dua ekor buaya bersaiz besar yang dilancarkan di Sungai Annap, Tatau, hari ini. Foto IPD Tatau

Cebisan gigi, tulang dan duit syiling dalam perut buaya di Tatau

TATAU, 27 Sept: Dua ekor buaya bersaiz dewasa berjaya ditangkap oleh Sarawak Forestry Corporation (SFC) Bintulu dengan bantuan pihak polis Tatau di Sungai Annap di sini, hari ini.

Tangkapan dilakukan berikutan serangan buaya ganas yang membaham kanak-kanak perempuan berusia enam tahun pada 18 September lalu.

Ketua Polis Daerah Tatau, Deputi Superintendan Jame Reis berkata, buaya pertama yang ditangkap itu berukuran 5.33 meter dengan anggaran berat 1.2 tan telah mengena pancing yang dipasang sebelah hulu Sungai Sap pada jam 9.30 pagi tadi.

“Satu das tembakan telah dilepaskan ke arah buaya untuk melemahkan pergerakan buaya yang bertindak agresif.

“Buaya tersebut berjaya ditunda ke Jeti Pasar Lama Tatau untuk tujuan post mortem oleh pihak SFC Bintulu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, selepas ‘post mortem’ dijalankan pada jam 12.15 tengah hari, pihak SFC menjumpai beberapa cebisan ketulan dipercayai gigi dan tulang serta duit syiling.

“Buaya kedua berukuran 5.30 meter dan berat anggaran 1.3 tan telah mengena umpan pancing yang di pasang sebelah hilir sungai berdekatan Rumah Gisa pada jam 1.20 tengah hari.

“Satu das tembakan telah dilepaskan ke arah buaya untuk melemahkan pergerakan buaya yang bertindak agresif,” ujarnya.

Katanya, buaya tersebut berjaya ditunda ke Jeti Pasar Lama tatau untuk tujuan post mortem oleh pihak SFC Bintulu.

Dalam kejadian itu, seorang kanak-kanak perempuan dikhuatiri dibaham buaya ketika mandi sungai bersama keluarganya di Kampung Seberang Pasar Lama, Tatau.

Identiti mangsa dikenal pasti Cicilia Julan Intik berusia enam tahun.

Difahamkan mangsa mandi di sungai berkenaan bersama keluarganya pada jam 6.30 petang, kejadian disaksikan sendiri datuk mangsa yang turut berada dilokasi kejadian. –  TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan