Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Atlet Powerlifting Para Sarawak, Mohamad Fuad Alen

Bangga, sebak sumbang emas terakhir

KUCHING, 27 Sept: Atlet powerlifting para Sarawak, Mohamad Fuad Alen berbangga dan sebak selepas meraih pingat emas terakhirnya dalam kategori 59 kilogram (kg).

Fuad yang berusia 45 tahun mencatat angkatan terbaik 108 kg dan jumlah angkatan keseluruhan 313 kg.

Menurutnya, selepas Para SUKMA XXI, berakhirlah perjuangan beliau dan akan menumpukan kepada kerja hakiki di Majlis Perbandaran Padawan (MPP).

“Ini sukan terakhir saya selepas berkecimpung selama 30 tahun dalam sukan ini dan perasaan saya memang sedih,” katanya ketika ditemui hari ini.

Fuad mula bergiat aktif dengan sukan sejak tahun 1994 bermula dengan olahraga iaitu lempar cakera dan rejam lembing.

Beliau juga pernah menyertai sukan renang dan pada 1998 berkecimpung dengan powerlifting sehingga sekarang.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan