Rome, Itali 27 Sept 2024: Keghairahan AS Roma untuk mengulangi kemenangan 3-0 menentang Udinese hujung minggu lalu dihentikan pasukan pelawat Athletic Bilbao apabila diikat dengan keputusan seri 1-1.
Aksi di Stadio Olimpico itu menyaksikan anak buah pengurus baharu Roma, Ivan Juric dipaksa bekerja keras sehingga menghampiri masa rehat.
Artem Dovbyk meletakkan Roma di depan selepas 32 minit permainan dengan tandukan kencang kegawang Bilbao hasil hantaran silang Angelino.
Tetapi Aitor Paredes menanduk masuk gol penyamaan Bilbao selepas Unai Nunez menjaringkan gol pada minit ke-85. – TVS