Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Miller, 59, dijatuhi hukuman mati di penjara Atmore dengan mengepam gas nitrogen ke dalam topeng muka hingga menyebabkan kesesakan nafas. Foto:Envato

AS laksana dua hukuman mati guna gas nitrogen

WASHINGTON, 27 Sept: Seorang lelaki menjalani hukuman bunuh dengan suntikan maut semalam di Oklahoma.Ini merupakan kali kedua kaedah hukuman mati menggunakan gas nitrogen dilaksanakan di Amerika Syarikat.

Dua pembunuhan itu menjadikan jumlah keseluruhan hukuman mati tahun ini di AS kepada 18, termasuk lima pada minggu lalu.

Emmanuel Littlejohn, 52, telah dihukum mati dengan suntikan maut di Oklahoma kerana membunuh Kenneth Meers yang berusia 31 tahun semasa rompakan kedai serbaneka pada 1992.

Walaupun mengakui dia hadir di tempat kejadian namun menafikan sebagai orang yang menembak Meers.

Kedua-duanya dia dan rakan sejenayahnya Glenn Bethany saling menyalahkan antara satu sama lain atas pembunuhan itu.

Kedua-dua lelaki itu disabitkan dengan pembunuhan tetapi Bethany menerima hukuman penjara seumur hidup, manakala Littlejohn dijatuhi hukuman mati.

Pada Ogos, Lembaga Pengampunan Negeri mengesyorkan hukuman Littlejohn diringankan, walaupun mendapat tentangan daripada beberapa ahli keluarga mangsa.

Bercakap pada Rabu kepada NPR, Littlejohn menggesa Gabenor Oklahoma Kevin Stitt untuk campur tangan.

“Gabenor, jangan bunuh saya untuk itu,” kata Littlejohn.

Stitt, seorang Republikan yang hanya menggunakan kuasa pengampunannya sekali, akhirnya menolak permintaan itu.

“Keadilan telah dilaksanakan untuk kes pembunuhan Kenny Meers,” kata Peguam Negara Oklahoma Gentner Drummond.

Di Alabama, Alan Miller dihukum mati kerana melepaskan tembakan rambang di tempat kerja pada 1999 yang membunuh tiga rakan sekerja Lee Holdbrooks, Christopher Scott Yancy dan Terry Lee Jarvis.

Miller, 59, dijatuhi hukuman mati di penjara Atmore dengan mengepam gas nitrogen ke dalam topeng muka hingga menyebabkan kesesakan nafas.

Kaedah kontroversi itu digunakan oleh Alabama buat kali pertama pada Januari, walaupun dibandingkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai satu bentuk penyeksaan.

Media tempatan melaporkan Miller bergelut melawan proses tersebut sebelum sesak nafas dan menggeletar selama dua minit.

Semasa hukuman mati sebelum ini, Kenneth Smith yang berusia 58 tahun dilaporkan meronta-ronta selama beberapa minit.

Pegawai negeri kemudian mengaitkan sawan itu kepada Smith yang cuba menahan nafas.

Gabenor Alabama Kay Ivey, telah mengumumkan terlebih dahulu bahawa dia tidak akan menggunakan kuasa pengampunannya untuk Miller.

Percubaan sebelum ini untuk melaksanakan suntikan maut ke atas Miller pada September 2022 telah dibatalkan pada saat-saat akhir kerana kesukaran memasukkan tiub intravena dan bahan kimia maut dalam masa yang ditetapkan.

Hukuman mati telah dimansuhkan di 23 daripada 50 negeri AS.
Manakala enam yang lain (Arizona, California, Ohio, Oregon, Pennsylvania dan Tennessee) mematuhi moratorium hukuman mati dengan keputusan gabenor. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan