Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin mengadakan pertemuan dengan dengan Pengarah Hal Ehwal Sarawak AirAsia Hamdan Mohamad pada Rabu untuk mencadangkan AirAsia menambah penerbangannya bagi mengimbangi pengurangan penerbangan MAG.

AirAsia setuju tingkatkan penerbangan laluan Sarawak

ByConnie Grace

KUCHING, 27 Sept: AirAsia bersetuju meningkatkan kekerapan penerbangan bagi perjalanan membabitkan laluan ke Sarawak, kata Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin.

Beliau berkata, usaha tersebut dilakukan sebagai respons kepada pengurangan rangkaian penerbangan oleh Malaysia Aviation Group (MAG) baru-baru ini.

Menurutnya, berdasarkan surat MAG, penerbangan Malaysia Airlines dari Kuala Lumpur ke Kuching, Miri, Bintulu dan Sibu serta Firefly dari Kota Kinabalu ke Kuching, Kuching ke Miri serta Pulau Pinang ke Kuching akan dikurangkan dengan ketara.

“AirAsia akan menggunakan pesawat Airbus A330 dengan 377 tempat duduk untuk penerbangan antara Kuala Lumpur dan Kuching setiap hari dari 20 Disember hingga 6 Januari dan dari 17 Januari hingga 10 Februari bagi menampung peningkatan permintaan penumbang semasa musim perayaan,” katanya menerusi kenyataan.

Terdahulu Kim Shin mencadangkan AirAsia menambah penerbangan bagi mengimbangan pengurangan penerbangan MAG.

“Saya gembira mendengar AirAsia mengambil langkah positif untuk meningkatkan penerbangan bagi memenuhi keperluan pasaran Sarawak,” ujarnya.

Menurutnya, AirAsia memaklumkan terdapat 359 penerbangan mingguan pada bulan Ogos namun ia dinaikkan kepada 364 penerbangan pada September bagi laluan Sarawak.

Bagaimanapun tambahnya, penerbangan berkurangan sedikit kepada 356 penerbangan pada Oktober manakala pada November dan Disember masing-masing meningkat kepada 384 dan 406 penerbangan.

Sementara itu, pertemuan Kim Shin dan AirAsia turut mengetengahkan beberapa masalah termasuk melibatkan tambang penerbangan tinggi.

Sehubungan itu beliau menggesa AirAsia mempertimbangkan pelaksanaan dasar harga siling bagi tambang penerbangan dalam Sarawak dan antara Sarawak dan Semenanjung Malaysia.

“Selain AirAsia, Kementerian Pengangkutan Sarawak turut menghubungi Malaysia Airlines dan Batik Air untuk membincangkan perkara sama,” jelasnya.-TVS

 

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan