Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AFFIN Bank Berhad, Datuk Wan Razly Abdullah. Foto TVS

AFFIN perluas 14 cawangan di Sarawak

ByZhahrulniza

KUCHING, 27 Sept: AFFIN Bank Berhad akan memperluaskan cawangannya di Sarawak dengan tambahan lapan lagi cawangan menjelang suku pertama 2025.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AFFIN Bank Berhad, Datuk Wan Razly Abdullah berkata, tambahan ini menjadikan jumlah kepada 14 cawangan di negeri ini.

“Selain Sarawak, kami turut memperluaskan perkhidmatan kami di seluruh negara bagi meningkatkan pasaran pertumbuhan utama termasuk negeri seperti Pulau Pinang, Johor dan Selangor. Dengan tambahan cawangan baharu akan menjadikan 146 cawangan di seluruh negara menjelang separuh pertama tahun 2025,” katanya

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Menandatangani Perjanjian Jual Beli (SPA) saham majoriti AFFIN Bank Berhad antara kerajaan Sarawak dengan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan anak syarikatnya, Boustead Holdings Bhd, di sini, hari ini.

Pada masa, sama, pihaknya memperkenalkan Pusat Kewangan Mudah Alih atau ‘Mobile Financial Centre’ dalam usaha memastikan perkhidmatan perbankan dapat diakses pada bila-bila masa.

“Perkembangan ini bukan sahaja mengukuhkan perkhidmatan AFFIN, tetapi juga mengukuhkan ekosistem kewangan Sarawak,” jelasnya. TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan