Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Peserta acara Main Adat Asal yang dianjurkan oleh Raban Ngepan Iban (RNI) di Eastwood Valley Golf And Country Club, Miri hari ini. Foto: Mohamad Faisal (TVS)

Acara ‘Main Adat Asal’ lahirkan duta budaya Iban

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

MIRI, 27 Sept: Pertandingan acara ‘Main Adat Asal’ anjuran Raban Ngepan Iban (RNI) memberi peluang kepada orang ramai mendalami asal-usul kebudayaan masyarakat Iban.

Penghulu Ngadan Melintang yang mewakili Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin merasmikan pertandingan itu di Eastwood Valley Golf And Country Club, Miri hari ini menyifatkan ia juga sebagai platform untuk memupuk minat anak muda mendalami tradisi dan warisan budaya bangsa berkenaan.

Menurutnya, acara ini bukan sahaja bertujuan untuk menonjolkan pakaian tradisi, tetapi juga sebagai pangkalan untuk memperkasa seni dan adat yang diwarisi turun-temurun.

“Teruskan menjadi duta dan ‘muzium bergerak’ dalam memperagakan pakaian tradisi nanti. Andalah rujukan untuk generasi kini dan akan datang,” katanya.

“Penganjuran kali ini semestinya bertujuan menghidupkan semula warisan sejarah seperti pakaian tradisi, adat dan kepercayaan, serta tarian juga memartabatkan Bahasa Iban selain mengekalkan kebudayaan etnik majoriti di Sarawak,’ katanya lagi dalam ucapan perasmiannya hari ini.

Beliau turut menzahirkan tahniah kepada penganjur dan penaja atas kejayaan program tersebut serta menggalakkan mereka meneruskan usaha menyokong anak muda sebagai pewaris masa depan.

Pertandingan akhir akan diadakan di Eastwood Valley dan Golf Country Club, Miri, pada 28 September 2024. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan