Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Wartawan Palestin, Bisan Atef Owda telah memenangi Anugerah Emmy bagi kategori “Outstanding Hard News Feature: Short Form” untuk projeknya. Foto @wizard_bisan1 (IG)

Wartawan Palestin menang anugerah berita Emmy

ByBernama

HOLLYWOOD, 26 Sept: Wartawan Palestin, Bisan Atef Owda telah memenangi Anugerah Emmy bagi kategori “Outstanding Hard News Feature: Short Form” untuk projeknya yang masih berjalan, “It’s Bisan From Gaza and I’m Still Alive.”

Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA) melaporkan bahawa projek itu mendokumentasikan kehidupan harian Owda di Semenanjung Gaza di tengah-tengah serangan berterusan Israel yang telah memusnahkan kawasan berkenaan sejak 7 Oktober tahun lepas.

Wartawan berusia 27 tahun itu sebelum ini telah memenangi Anugerah Peabody menerusi projek sama awal tahun ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan