KUCHING, 26 Sept: Sarawak menurunkan tujuh pasangan regu bagi merebut empat pingat emas yang dipertandingkan hari ini.
Empat acara yang menawarkan pingat emas itu merangkumi beregu TPB1=TPB2/3, beregu TPB4, Beregu TPB8 dan beregu TPB10.
Bagi acara beregu TPB1+TPB2 campuran, Sarawak menurunkan pasangan Azzoenicky Gajud dan Jacqueline Kaboh.
Aminul Syukrie Abdul Rahman dan Jeffri Mohammad serta Amalina Mohd Mosadad dan Willie Jin Chagik pula berentap bagi acara beregu B10.
Beregu B4 menyaksikan Sarawak menurunkan Gabriel Pidan Charles dan Mahamad Rizuan Madzhi serta Abang Yahya Abang Azhar dan Nur Syazwani Marais.
Caesar Dayong dan Eric Russo Munsi serta Alim Sohai dan Julaihi Khalik Lamat membawa cabaran dalam acara beregu B4.
Sarawak menyasarkan 10 pingat emas bagi acara tenpin boling Para SUKMA XXI.
Jurulatih Sarawak Myron Khoo berkata, berdasarkan prestasi semasa atlet, sasaran ditetapkan mampu dicapai memandangkan setakat ini Sarawak sudah meraih pingat emas.
Acara tenpin boling akan melabuhkan tirai esok dengan dua acara dipertandingan iaitu tiga berpasukan bagi kategori TP1+TP2+TPB3 dan tiga berpasukan kategori TPB8+TPB9+TPB10.-TVS