Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar edaran Tentera Laut Amerika Syarikat pada 8 Mei 2024 menunjukkan kapal pemusnah peluru berpandu berpandu kelas Arleigh Burke USS Halsey (DDG 97) menjalankan operasi rutin semasa melalui Selat Taiwan. Foto, AFP dan US Navy.

Taiwan kesan 43 pesawat China, 8 kapal laut berhampiran kawasannya

TAIPEH ,26 Sept: Sebanyak 43 pesawat tentera dan lapan kapal laut China dikesan di sekitar perairan Taiwan dalam tempoh 24 jam lepas ketika kapal perang Jepun turut melintasi Selat Taiwan.

Kementerian Pertahanan Taiwan memaklumkan, aset ketenteraan itu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas dengan yang terakhir pada pukul 6 pagi Rabu.

“(Sejumlah) 34 pesawat telah melintasi garis median dan memasuki zon pengenalan pertahanan udara barat daya dan timur Taiwan.

Kemboja sahkan China akan serahkan dua kapal perang

“Kami telah memantau situasi dan bertindak balas sewajarnya. Ilustrasi menunjukkan pesawat-pesawat terbabit mengelilingi Taiwan kecuali di bahagian pantai di timur laut,” kata kementerian itu menerusi kenyataan.

China yang mendakwa Taiwan sebagai sebahagian daripada wilayahnya sering menghantar pesawat perang, dron dan kapal tentera laut di sekitar pulau itu.

Pencerobohan terbaharu ini berlaku ketika media Jepun melaporkan sebuah kapal perang Jepun juga belayar buat kali pertama melintasi Selat Taiwan.

Pada 11 Julai, Taipei mengesan 66 pesawat China memasuki kawasannya yang merupakan rekod tertinggi bilangan pesawat dihantar oleh negara itu.

China sebelum ini menegaskan tidak akan ‘menolak’ penggunaan kekerasan untuk membawa Taiwan di bawah kawalannya dan telah meningkatkan tekanan ketenteraan terhadap pulau itu dalam beberapa tahun kebelakangan ini. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan