Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Nurul Farha mempamerkan empat pingat emas ketika ditemui TVS di Sukan Parasukma XXI Sarawak 2024, setelah menunjukkan prestasi cemerlang dalam acara memanah. Lorenzo Isaac (TVS)

Sukan memanah sinar baharu kehidupan, Nurul Farha butirkan empat emas untuk Perak

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 26 Sept : Sukan memanah membuka lembaran baharu kepada atlet dari Perak, Nurul Farha Abdul Hamid, yang meraih empat pingat emas pada Para SUKMA XXI Sarawak 2024.

Ibu tunggal berusia 37 tahun itu sebelum ini didiagnosis dengan Systemic Lupus Erythematosus (SLE) dan Chronic Inflammatory Demyelinating Polyneuropathy (CIDP).

Namun sukan berkenaan memberi sinar baharu kepada kehidupan Nurul Farha yang juga percaya sukan yang merupakan sunnah Nabi Muhammad SAW itu menjadi salah satu cara dirinya untuk menjaga kesihatan.

“Sebelum ini, saya seorang yang normal, tetapi penyakit ini mengubah segalanya. Saya tidak dapat berjalan, tetapi dengan keyakinan dan latihan, saya berusaha untuk kembali bangkit,” ujarnya ketika ditemui pemberita di Lapang Sasar Memanah Petra Jaya di sini, hari ini.

Menurutnya, dia telah menjalani latihan selama empat tahun di Jabatan Veterinar Negeri Perak di bawah bimbingan seorang ahli fisioterapi.

“Pada awalnya, saya mengalami kesukaran untuk memegang bola dan ketepatan tembakan saya tidak begitu baik. Namun, dengan latihan yang berterusan, saya berjaya menguatkan fizikal serta mencapai kestabilan mental dan emosi,” katanya lagi.

Dalam kejohanan ini, Nurul Farha menunjukkan prestasi cemerlang dalam beberapa kategori. Dalam Kategori Terbuka Wanita, beliau mencatatkan skor 120, menewaskan Lidwina Isidore dari Sabah yang memperoleh 117 mata.

“Alhamdulillah Allah bagi rezeki dapat 4 pingat emas. Sebelum ini, saya menduduki tempat keempat dalam acara individu dan juga dalam pusingan Olimpik” tambahnya lagi.

Dalam Kategori Terbuka Campuran, Nurul Farha dan Kumar A/L Krishnan menewaskan pasukan Sabah dengan skor 135-117.

Beliau juga meraih emas dalam Kompaun Wanita Individu dengan catatan skor 126, menewaskan Amira Firdiana Abdul Wahab dari Pulau Pinang yang memperoleh 124 mata.

“Saya akan terus menyertai pertandingan dan Para Sukma pada masa hadapan.

“Syukur Alhamdulillah, terima kasih yang tidak terhingga. Saya akan terus berlatih di Jabatan Veterinar tersebut. Saya juga ingin mengucapkan penghargaan kepada atlet Murugan yang telah banyak memberikan bimbingan dan sokongan, ” tambahnya lagi.

Beliau juga meraih pingat emas keempat dalam Kategori Beregu Kompaun Wanita bersama atlet Perak, Anna Maria A/P David, dengan skor 121, menewaskan pasukan Pulau Pinang yang memperoleh 110 mata dan Terengganu dengan 80 mata.

Pada hari keempat acara memanah di Para Sukma, atlet dari kontinjen Perak menunjukkan prestasi cemerlang dengan meraih tiga daripada lima pingat emas yang dipertandingkan.

Kemenangan pertama datang melalui acara individu kompaun wanita, diikuti dengan kejayaan dalam acara kompaun berpasukan campuran.

Perak terus melanjutkan dominasi mereka dengan meraih emas ketiga dalam acara kompaun berpasukan wanita, mengukuhkan kedudukan mereka dalam kejohanan ini.

Sementara itu, atlet dari Wilayah Persekutuan, Muhammad Aizat Zaini, memenangi emas dalam acara kompaun individu lelaki dengan kelebihan 10 mata.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan