KUCHING, 26 Sept: Sarawak kekal sebagai pendahulu carta kutipan pingat Para SUKMA XXI selepas meraih 71 emas, 49 perak dan 61 gangsa setakat hari ini.
Olahraga terus menjadi lubuk pingat kepada kontinjen Sarawak dengan 30 emas, 24 perak dan 34 gangsa.
Sarawak turut cemerlang dalam renang selepas meraih 17 pingat emas, 13 perak dan 11 gangsa.
Powerlifting pula menyaksikan atlet Sarawak berjaya menuai 11 pingat emas, satu perak dan tiga gangsa.
Sarawak meraih enam pingat emas, tiga perak dan tujuh gangsa dalam tenpin boling.
Sebanyak tiga pingat emas dan dua perak diperoleh atlet Sarawak dalam pingpong.
Atlet boccia Sarawak turut tidak mengecewakan apabila berjaya meraih dua pingat emas, tiga perak dan dua gangsa.
Boling padang pula menyaksikan dua pingat emas, tiga perak dan satu gangsa diperoleh atlet Sarawak.
Setakat ini, Sarawak meraih tiga pingat gangsa dalam catur.
Sementara itu, Sabah di tempat kedua carta kutipan pingat dengan 55 pingat emas, 37 perak dan 25 gangsa.
Selangor dengan 26 pingat emas, 38 perak dan 34 perak berada pada kedudukan ketiga.-TVS