Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Atlet para Sarawak, Richard Bada memenangi pingat emas untuk acara lontar peluru lelaki F41 di Stadium Sarawak, disini, hari ini. Foto Marzella (TVS)

Richard Bada lakar hatrik pingat emas

ByMarzella Sigai

KUCHING, 26 Sept: Richard Bada melengkapkan hatrik pingat emas selepas selepas mengungguli acara lontar peluru lelaki F41 pada Para SUKMA XXI hari ini.

Lebih manis lagi, pingat perak dan gangsa bagi acara tersebut turut diraihkan rakan sepasukan Richard yang mewakili Sarawak.

Richard berjaya melakukan lontaran 7.73 meter (m) manakala Teckman Mary (6.92m) dan Abdullah Syawal (5.79m).

Menurut Richard, pingat tersebut melengkapkan hatrik emas pada edisi kali yang berlangsung di Sarawak.

“Saya gembira kerana ketiga-tiga acara yang disertai berjaya mendapat pingat emas.

“Terima kasih kepada keluarga, jurulatih dan keluarga kerana sentiasa menyokong saya,” katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian pingat hari ini.

Beliau berkata, persiapan sudah dilakukan awal untuk memastikan sasaran meraih pingat emas mampu dicapai.

“Saya membuat persiapan sejak setahun lalu, syukur semuanya dipermudahkan.

“Untuk perancangan masa depan, saya sasarkan untuk menyertai kejohanan antarabangsa seperti Sukan Para Asia,” ujarnya.

Untuk rekod, Richard turut memenangi pingat emas dalam acara lempar cakera dan rejam lembing F41.-TVS

“Saya telah membuat persiapan sejak setahun yang lalu dan syukur semua dipermudahkan.

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan