Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemenang pingat emas ping pong acara perseorangan berdiri lelaki kelas 10, Ahmad Syahir Mohamad Kamal Saupi. Foto Aida Muliyono (TVS)

Pemenang pingat emas ping pong sedia dilamar

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 26 Sept: Pemenang pingat emas acara perseorangan berdiri lelaki kelas 10, Ahmad Syahir Mohamad Kamal Saupi tidak menolak sekiranya ada pihak yang melamar menyertai kejohanan ping pong pada masa akan datang.

Atlet yang mewakili Perak berusia 27 tahun itu berkata, selepas tamat Para SUKMA XXI, beliau akan berehat sebelum menjalani rutin harian.

“Saya balik Perak, berehat sekejap dan sambung bekerja. Kalau boleh, saya mahu pergi jauh dalam sukan ping pong,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada TVS selepas perlawanan akhir yang berlangsung di Dewan SJK Chung Hua No.3 hari ini.

Menurutnya, penglibatan dalam sukan ping pong bermula selepas bapanya mengajak beliau bermain pada usia 12 tahun.

“Pada mulanya memang seperti memaksa diri, lama-kelamaan minat mula berputik sehingga pernah mewakili pasukan ping pong para kebangsaan,” ujarnya.

Mengenai perlawanan akhir menentang Gujile Gandila dari Sabah, Syahir menjelaskan, perasaan gementar tetap ada walaupun memenangi set pertama dan kedua.

“Gujile mengejar pada set penentuan, keadaan ini disebabkan saya mencuba pelbagai teknik namun kadang-kadang ia tidak menjadi,” jelasnya.

Syahir menewaskan Gujile 11-7, 11-5, 9-11 dan 13-11.

Sementara itu, pingat gangsa pula diraih atlet Johor Aiman Biman selepas mengalahkan Ismail Hassan dari Melaka.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan