KUCHING, 26 Sept: Pasukan tuan rumah bagi acara tenpin boling berjaya mengekalkan kedudukan di tangga tiga teratas dengan kejayaan meraih masing-masing satu emas, perak dan gangsa pada Para SUKMA edisi kali ini.
Pingat emas disumbangkan atlet beregu TP4, iaitu pasangan Abg Yahya Abg Azhar dan Nur Syazwani Marais dengan 2,244 jatuhan pin.
Manakala pingat perak pula diraih pasangan regu TPB8, Alim Sohai dan Julaihi Khalik Lamat dengan 1,832 jatuhan pin.
Gangsa pula dimenangi pasangan regu, Amalina Mohd Mosadas dan Willey Jin Chagik menerusi kategori TPB10 dengan 1,809 jatuhan pin.
Sementara itu, Selangor menuai dua emas menerusi acara beregu TPB1+TPB2/3 dan TPB8.
Acara tersebut menyaksikan dua pasukan regu itu memperoleh masing-masing 1,682 dan 1,880 jatuhan pin. – TVS