Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Muhammad Riduan Yaakob (kiri), Ahmad Jennah Muhammad Jennah (tengah) dan Jennahtul Fahmi Ahmad Jennah (kanan). Foto Aida Muliyono (TVS)

Lembam tidak halang Jennahtul Fahmi raih dua emas

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 26 Sept: Masalah lembam tidak menghalang atlet pingpong kelahiran Kelantan, Jennahtul Fahmi Ahmad menyumbang pingat kepada negerinya.

Ayahnya, Ahmad Jennah Muhammad Jennah yang juga jurulatihnya berkata, walaupun Jennahtul menghadapi masalah lembam, bakatnya semakin berkembang selepas menuntut di Kolej Vokasional Pendidikan Khas di Kelantan.

“Dari situ bakatnya semakin berkembang dan dia diambil untuk program podium di bawah Majlis Sukan Negara di Kelantan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada TVS di Dewan SJK Chung Hua No 3 di sini, hari ini.

Mengenai kejayaan anaknya, Ahmad Jennah melahirkan rasa gembira kerana didikan dan latihan selama ini membuahkan hasil.

“Hasil didikan jurulatih tambahan lain, prestasi dia meningkat sehingga mendapat pingat emas.

“Latihan dia bermula di rumah, kami sekeluarga semuanya bermain pingpong,” ujarnya.

Jennahtul yang mula menceburi pingpong sejak usia 10 tahun sebelum ini pernah mengikuti kejohanan antarabangsa termasuk Sukan Para ASEAN.

Menurut Jennahtul, penyertaan pada Para SUKMA XXI adalah untuk menyumbang pingat untuk Kelantan kerana beliau tidak menyertai edisi lepas.

“Saya bersyukur dapat menyumbang dua pingat emas dapat naikkan ranking,” jelasnya.

Pasangan beregunya, Muhammad Riduan Yaakob turut melahirkan perasaan gembira selepas menghadiahkan pingat emas kepada Kelantan menerusi acara beregu berdiri lelaki MD22.

“Alhamdulillah, saya gembira dapat menyumbang pingat emas untuk Kelantan.

“Saya sasarkan pingat gangsa bagi acara perseorangan tetapi rezeki lebih memihak kepada pihak lawan dari Terengganu.

“Saya akan berlatih lebih gigih dan cuba lagi pada Para SUKMA akan datang,” kata Riduan.

Dalam perlawanan akhir, Jennahtul dan Riduan mengalahkan pasangan beregu dari Sarawak, Simon Toh Kai Zhe dan Stanley Ling Sien Seng 11-4, 11-5 dan 11-6.

Jennahtul turut menampilkan aksi cemerlang pada perlawanan akhir acara perseorangan berdiri lelaki kelas 11 selepas mengalahkan atlet Terengganu, Mohd Hazlin Abdullah 11-6, 11-4 dan 11-5.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan