Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pandangan dari udara menunjukkan rumah sebahagiannya ditenggelami banjir, selepas kenaikan paras air sungai Gangga, di Patna pada 20 September 2024. Foto fail AFP

Hujan lebat jejaskan operasi penerbangan, sekolah ditutup di Mumbai

ByBernama

NEW DELHI, 26 Sept: Hujan lebat yang melanda Mumbai menyebabkan kejadian banjir kilat serta menjejaskan operasi penerbangan pada malam Rabu, manakala sekolah-sekolah ditutup pada Khamis.

Penumpang terkandas di beberapa stesen kereta api manakala beberapa jalan raya ditenggelami air selepas hujan melebihi 100 milimeter (mm) direkodkan dalam tempoh lima jam pada petang Rabu.

“Kami menggesa penumpang agar kekal berada di dalam kereta api kerana ia lebih selamat. Kereta api akan meneruskan perjalanan apabila air surut,” menurut kenyataan perkhidmatan kereta api.

Sementara itu, IndiGo dan Air India memaklumkan bahawa hujan menjejaskan jadual penerbangan di lapangan terbang Mumbai.

Perbadanan perbandaran memaklumkan semua sekolah dan kolej akan ditutup pada Khamis berikutan amaran hujan berterusan daripada jabatan cuaca. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan