Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
砂森林企业机构首席执行员阿邦阿拉比:根据研究数据显示,爬行动物如今大量栖息在靠近人类居住地的河流,如长屋和甘榜附近,这和人类将食物残渣和废弃物丢进河的行为有关!

Buang sisa makanan, sampah ke dalam sungai antara punca serangan buaya

BySteward Dawi

KUCHING, 26 Sept: Perbuatan membuang sisa makanan dan sampah ke dalam sungai merupakan antara faktor menyumbang kepada kes serangan buaya yang semakin meningkat di Sarawak.

Pengurus Besar Sarawak Forestry Corporation (SFC) Abang Arabi Abang Aimran berkata, data hasil kajian yang dijalankan mendapati reptilia itu kini banyak mendiami sungai berdekatan tempat tinggal manusia seperti rumah panjang dan kampung.

Katanya buaya juga dikesan berada di sungai yang terletak berhampiran kawasan bandar.

“Sebagai contoh, Sungai Sarawak berdekatan dengan Satok, kita mendapati ada pihak yang membuang sisa-sisa makanan seperti kulit ayam, perut ayam dan lebihan daging yang dijual ke dalam sungai.

“Buaya akan tertarik dengan sisa makanan dan semakin kerap menghampiri kawasan berpenduduk sekali gus membawa kepada risiko berlaku serangan buaya terhadap manusia,” katanya ketika ditemui TVS hari ini.

Jelasnya, kebarangkalian sistem pelupusan sampah di kawasan penempatan di tepi sungai tidak sistematik sangat tinggi dan penduduk lebih cenderung untuk membuang sampah ke dalam sungai.

“Buaya adalah haiwan pemangsa yang oportunis dan akan membaham semua jenis barangan buangan yang muncul di permukaan sungai kerana beranggapan sampah itu merupakan makanan,” jelasnya.

Katanya, buaya akan sentiasa menghampiri kawasan yang mudah untuknya mendapatkan makanan.

Justeru Abang Arabi menjelaskan, pendedahan dan kesedaran tentang kepentingan menjaga kerbersihan alam sekitar seperti sungai perlu dipupuk di dalam diri setiap lapisan masyarakat bagi mengelakkan berlakunya insiden serangan buaya.

“SFC juga akan terus memperkasakan usaha dan inisiatif yang sedia ada dalam menambah kesedaran dan pengetahuan orang ramai berkaitan isu ini.

“Kami turut mempunyai beberapa modul yang dikongsikan kepada masyarakat sama ada melalui media sosial dan meneruskan Program 3M (mengenal, memahami dan memulihara) buaya di peringkat sekolah,” tambahnya. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan