Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menyampaikan hadiah kepada johan qari,Jubni Sulong. Foto, TVS.

Boulevard terpanjang di Sarawak bakal dibina di Samarahan

ASAJAYA, 26 Sept: Kerajaan Sarawak merancang untuk membina satu tapak lebuh hias (boulevard) baharu di Samarahan dalam tempoh terdekat.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, tapak berkenaan berpotensi untuk menjadi lokasi penganjuran majlis rasmi kerajaan seperti fungsi Padang Merdeka di Kuching.

Katanya, keadaan yang semakin sesak di padang berkenaan menyebabkan kawasan itu sudah tidak sesuai untuk menjadi lokasi penganjuran majlis keraian rasmi kerajaan.

“Kita perlu melihat dalam tempoh 10 hingga 20 tahun akan datang, di manakah lokasi sesuai untuk anjurkan acara seperti itu dan kita telah kenal pasti tempatnya di Samarahan.

“Cadangan itu sudah disetujui oleh kerajaan (dan kini) sedang menunggu proses tender dan seterusnya membolehkan boulevard terbesar Sarawak sepanjang dua kilometer dibina,” katanya.

Abdul Karim berkata demikian ketika berucap pada Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Asajaya di sini malam tadi.

Mengulas lanjut Abdul Karim berkata boulevard tersebut bukan sahaja boleh diguna sebagai lokasi majlis rasmi malah boleh menjadi kawasan riadah dan aktiviti sosial penduduk setempat.

Perancangan tersebut katanya merupakan antara perubahan yang dirancang oleh Kerajaan Sarawak untuk Samarahan selaras dengan pembangunan Greater Kuching.-TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan