Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto fail AFP

2 daripada 3 pengundi Asia Amerika sokong Harris dalam pemilihan presiden AS

ByBernama

WASHINGTON, 26 Sept: Kira-kira dua daripada tiga pengundi Asia Amerika menyokong calon presiden Demokrat Kamala Harris berbanding pesaingnya dari Republikan Donald Trump, satu tinjauan baru-baru ini menunjukkan pada Rabu, di tengah-tengah jangkaan mengenai peranan blok pengundi yang berkembang pesat dalam pilihan raya umum 5 November.

Agensi berita Yonhap melaporkan APIAVote, sebuah organisasi bukan partisan untuk komuniti Asia Amerika dan Kepulauan Pasifik (AAPI) dan AAPI Data, sebuah entiti penyelidikan, mengeluarkan hasil tinjauan yang dijalankan oleh Pusat Penyelidikan Pendapat Kebangsaan (NORC) di Universiti Chicago dari 3 hingga 9 September.

Tinjauan itu mendapati 66 peratus pengundi Asia Amerika, termasuk masyarakat Korea Amerika, merancang untuk mengundi Naib Presiden Harris — 20 mata peratusan lebih tinggi daripada sokongan yang diterima Presiden Joe Biden dalam tinjauan yang dijalankan dalam tempoh April-Mei.

Tinjauan terbaru meletakkan sokongan untuk bekas Presiden Trump pada 28 peratus. Mereka yang mengatakan mereka akan menyokong calon lain atau belum membuat keputusan menyumbang 6 peratus.

Dari segi kesukaan calon, 62 peratus pengundi Asia Amerika berkata mereka mempunyai pendapat yang baik terhadap Harris, berbanding 35 peratus yang mempunyai pendapat yang tidak baik terhadap naib presiden.

Dua puluh lapan peratus pengundi Asia Amerika berkata mereka mempunyai pendapat yang baik tentang Trump, menurut laporan itu, berbanding 70 peratus yang mempunyai pendapat yang tidak baik terhadap bekas presiden itu.

Dalam tinjauan itu, 77 peratus pengundi Asia Amerika berkata mereka “benar-benar pasti” mereka akan mengundi dalam pilihan raya 2024, meningkat daripada 68 peratus yang mengatakan perkara yang sama dalam tinjauan yang dijalankan pada April-Mei.

Tinjauan itu dibuat ketika Harris dan Trump berusaha sedaya upaya untuk memikat pengundi swing state yang belum membuat keputusan dengan tinjauan menunjukkan mereka dalam persaingan yang ketat kurang daripada enam minggu lagi dari Hari Pilihan Raya.

Mengulas mengenai hasil tinjauan, kempen Harris menekankan pelaburannya untuk menjangkau pengundi Asia Amerika serta kepentingan kerja Demokrat untuk membina gabungan “luas dan pelbagai” yang diperlukan untuk memenangi pilihan raya.

“Pasukan Harris-Walz dan Demokrat tahu bahawa pengundi Asia Amerika adalah margin kemenangan dalam pilihan raya ini — dan kami sedang berusaha untuk memperoleh setiap undi,” kata Andrew Peng, jurucakap Asia Amerika, Penduduk Asli Hawaii dan Kepulauan Pasifik untuk kempen itu, dalam satu kenyataan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan