Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahmad Nazri Hamzah ketika beraksi dalam acara perseorangan TPB 8 lelaki Para SUKMA Sarawak hari ini. Foto, Akma Salleh (TVS).

Selangor raih emas, perak boling perseorangan lelaki TPB8

ByAkma Salleh

KUCHING, 25 Sept: Selangor menguasai acara boling tenpin perseorangan lelaki kategori TPB8 Para Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 apabila dua wakilnya menang pingat emas dan perak hari ini.

Pertandingan di Megalanes Emart, Batu Kawa di sini menyaksikan Ahmad Nazri Hamzah muncul juara selepas menamatkan enam permainan jatuhan keseluruhan 987 pin.

Atlet berusia 34 tahun itu bermula agak perlahan pada tiga permainan awal apabila merekodkan 143, 154 dan 162 pin.

Ahmad Nazri berjaya memperbaiki balingan pada tiga game terakhir apabila menjatuhkan 191, 161 dan 176 pin untuk muncul pemenang pingat emas.

Rakan sepasukan, Rosheedey Faizal Roslan pula terpaksa berpuas hati dengan pingat perak selepas membenam 942 pin manakala atlet tuan rumah, Alim Sohai meraih gangsa dengan catatan 925 pin.

Ketika ditemui pemberita, Ahmad Nazri yang membuat penampilan kali kedua pada pentas Para SUKMA berkata, dia tidak menyangka mampu menang emas kerana saingan sengit diterima daripada rakan sepasukan dan atlet negeri lain.

“Alhamdulillah ini merupakan penampilan kedua saya, sebelum ini pada edisi di Kuala Lumpur 2022, saya mengaku belum cukup bersedia dan hanya memperoleh tempat ke empat.

“Saya berjaya meraih emas pertama setelah melakukan latihan rapi selama dua tahun,” katanya.

Acara boling hari ini menyaksikan enam acara dipertandingkan termasuk perseorangan lelaki TPB4, perseorangan perseorangan wanita TPB4, perseorangan wanita TPB8, beregu TPB9+TPB9 dan beregu TPB2+TPB2. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan