Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Nur Syazwani menunjukkan pingat emas yang dimenanginya menerusi acara boling tenpin pada Para SUKMA Sarawak 2024, hari ini. Foto Akma Salleh (TVS)

‘Saya dedikasikan pingat emas buat Kerajaan Sarawak’

ByAkma Salleh

KUCHING, 25 Sept: Pemenang pingat emas perseorangan wanita boling tenpin kategori TPB4, Nur Syazwani Marais mendedikasikan kemenangannya pada Para SUKMA 2024 kepada Kerajaan Sarawak dan kontinjen Sarawak.

Menurut Nur Syazwani, 31, kemenangan itu hasil daripada tunjuk ajar dan kepercayaan semua pihak terhadapnya dalam sukan tersebut.

“Ini emas ketiga saya sejak mula bertanding dalam Para SUKMA, insya-Allah esok saya cuba lakukan terbaik lagi kerana esok merupakan acara terakhir saya dalam beregu campuran.

“Saya harap saya mampu menyumbangkan emas bagi kategori itu sama seperti edisi yang lepas,” katanya ketika ditemui media selepas acara penyampaian pingat di Megalanes Emart, di sini, hari ini.

Terdahulu, Nur Syazwani berjaya menewaskan lawan dari Johor iaitu Adib Nafisah Md Faishalim dengan jatuhan pin sebanyak 1,099 pin.

Untuk rekod, atlet kelahiran Kuching itu sebelum ini juga pernah menghadiahkan emas buat negara pada Sukan Para ASEAN 2017 (Para KL2017). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan