Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Atlet para Sarawak bergambar bersama Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian yang menyampaikan pingat di venue pertandingan Para Boling Tenpin Boling di Kuching, hari ini. Foto Akma Salleh

Sarawak tuai dua emas, satu perak, empat gangsa menerusi boling tenpin

ByAkma Salleh

KUCHING, 25 Sept: Pasukan boling tenpin Sarawak hari ini berjaya menuai dua pingat emas dan satu perak pada Para Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024.

Emas pertama disumbangkan atlet perseorangan wanita kategori TPB4, Nur Syazwani Marais yang mencatatkan 1,099 jatuhan pin.

Manakala emas kedua pula diperoleh atlet beregu lelaki kategori TPB9, menerusi pasangan Marcos Chang Hao Hong dan Wong Kee Soon dengan pungutan sebanyak 2,473 jatuhan pin.

Sementara itu, pingat perak pula diraih Abang Yahya Abang Azhar bagi kategori perseorangan lelaki TPB4 dan gangsa diraih Muhammad Zul Adly Majeni kategori sama.

Gangsa seterusnya diperoleh menerusi acara beregu TPB9 iaitu Mohd Feroz Hamdan dan Abang Yusdi Abang Annuar.

Pasangan regu itu mencatat 2,119 jatuhan pin dibelakang Selangor yang menduduki tempat kedua, dengan 2,187 jatuhan pin.

Selain itu, acara beregu lelaki TPB2 juga mendapat gangsa menerusi pasangan D’Carlus Maclin Daes dan Roni Tugiman, dan Alim Sohai menerusi acara perseorangan lelaki TPB8. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan