Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap semasa Majlis Perasmian Bangunan Baharu Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak (PPNS) di sini hari ini. Foto Nadim Bokhari (TVS)

Sarawak minta kuasa daripada Persekutuan untuk lantik jemaah PPN, PPK

KOTA SAMARAHAN, 25 Sept: Kerajaan Sarawak meminta supaya kerajaan Persekutuan mengembalikan kuasa bagi pelantikan Ahli Jemaah Pengarah (AJP) Persatuan Peladang Negeri (PPN) dan Persatuan Peladang Kawasan (PPK) di negeri itu.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata selain untuk menunaikan syarat di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), kuasa melantik yang dipegang kerajaan negeri ini akan dapat mempercepatkan lagi proses pembangunan sektor pertanian di Sarawak.

Berucap pada Majlis Perasmian Bangunan PPN Sarawak di sini hari ini, beliau berkata kerajaan Persekutuan sudah pun menurunkan kuasa kepada kerajaan negeri untuk melantik lembaga pengarah Persatuan Nelayan Sarawak.

“Kalau ikan (persatuan nelayan negeri) sudah dapat kuasa, berilah kuasa kepada Persatuan Peladang (Negeri dan Kawasan),” katanya.
Beliau berkata Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah (MFICORD) Sarawak Datuk Seri Dr Stephen Rundi akan berbincang dengan Peguam Besar Sarawak Datuk Saferi Ali bagi memperincikan lagi permintaan ini untuk dikemukakan kepada kerajaan Persekutuan.

Pengerusi PPN Sarawak Datuk Dr Abdul Rahman Ismail yang berucap dalam majlis sama berkata sebelum ini, menteri bertanggungjawab bagi pertanian di Sarawak diberi kuasa untuk melantik AJP untuk PPN dan PPK.

Bagaimanapun, kuasa itu telah ditarik balik pada 2018 dan diletakkan di bawah kuasa Menteri Pertanian Malaysia, biarpun pertanian diletakkan di bawah Senarai Negeri dalam Perlembagaan Persekutuan, kata beliau.

“Atas semangat Perjanjian Malaysia 1963 dan Kerajaan Perpaduan, kuasa untuk melantik AJP lantikan ini haruslah diturunkan kepada Menteri MFICORD agar pentadbiran PPN dan PPK di Sarawak dapat diselaraskan mengikut dasar dan hala tuju kerajaan Sarawak,” katanya.

Penurunan kuasa itu nanti dapat membantu merealisasikan wawasan Sarawak untuk menjadi pengeksport bersih produk berasaskan makanan dan meningkatkan pendapatan keluarga tani sekurang-kurangnya RM6,000 sebulan menjelang 2030, tambah beliau. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan