Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Mohd Asri Mohd Yunus berkata pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan itu daripada seorang lelaki tempatan berusia 53 tahun ketika mencari barangan lama di kawasan berkenaan kira-kira 1 tengah hari. Foto nizzmohmad

Rangka manusia ditemukan di kawasan Lebuhraya Rawang Bypass

ByBernama

KUALA LUMPUR, 25 Sept: Rangka manusia ditemukan di kawasan Lebuhraya Rawang Bypass di Rawang, dekat sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Mohd Asri Mohd Yunus berkata pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan itu daripada seorang lelaki tempatan berusia 53 tahun ketika mencari barangan lama di kawasan berkenaan kira-kira 1 tengah hari.

“Tiada barangan seperti dokumen pengenalan diri atau telefon bimbit ditemukan bersama rangka itu.

“Polis masih meneruskan siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Asri meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor di talian 03-60641223 atau tampil ke balai polis berhampiran.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan