Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, menerima kunjungan hormat Perbadanan Ushawan Nasional Berhad (PUNB) di Tingkat 22, Pejabat Premier Sarawak, Wisma Bapa Malaysia Petra Jaya Kuching hari ini. Foto Nadim Bokhari (TVS)

PUNB ambil peluang limpahan ekonomi Sarawak, bantu usahawan bumiputera

ByAmirah Shawel

KUCHING, 25 Sept: Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) berhasrat untuk bersama-sama dengan Kerajaan Sarawak membantu usahawan bumiputera wilayah ini khususnya dari aspek kewangan dan pembiayaan.

Pengerusinya, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya perlu mengambil peluang yang wujud daripada limpahan ekonomi yang sedang rancak berlaku di Sarawak, seperti yang disyorkan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Premier memaklumkan kepada kami banyak sektor tenaga dan pelancongan serta beberapa sektor lain yang akan mendapat limpahan daripada aktiviti ekonomi yang rancak di Sarawak.

“Tentu sekali kami juga tidak akan melepaskan peluang ini untuk bersama-sama membantu usahawan bumiputera di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada media selepas mengetuai delegasi PUNB mengadakan kunjungan hormat ke atas Abang Johari di Wisma Bapa Malaysia (WBM) hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak, Datuk Dr Malcolm Mussen Lamoh, Ketua Pegawai Eksekutif PUNB, Izwan Zainuddin dan Pengurus Besar Bahagian Perniagaan PUNB, Mohd Nor Shazali Mohd Idris.

Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya melihat kepentingan untuk meningkatkan jumlah pembiayaan bagi meluaskan jaringan perniagaan usahawan-usahawan bumiputera wilayah ini.

Menurutnya, sejak PUNB Sarawak ditubuhkan pada 2014, perbadanan itu berjaya membantu lebih 300 usahawan dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM111 juta.

“Kami lihat angka ini masih lagi boleh dipertingkat untuk membantu lebih ramai usahawan, di samping mengambil peluang memperlihat perkembangan ekonomi yang semakin rancak.

“Tentu sekali ramai usahawan memerlukan sokongan dan kekuatan kewangan modal. Di situlah PUNB akan dapat membantu memastikan setiap usahawan bumiputera di Sarawak yang berpotensi dan layak bersaing dengan lebih mantap melalui sokongan PUNB,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan