Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata. Foto fail TVS

Polis tahan dua suspek bantu siasatan anggota tentera maut terkena tembakan – Mancha

KUCHING, 25 Sept: Polis sudah menahan dua suspek lelaki bagi membantu siasatan insiden seorang anggota tentera terkena tembakan rambang ketika menjalani latihan medan di Song, Kapit, pada Isnin.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata berkata, kedua-dua  suspek berusia 31 tahun  yang merupakan warga tempatan ditahan polis semalam hasil daripada maklumat yang disalurkan oleh orang awam.

Menurutnys, turut dirampas selaras senapang patah dan peluru jenis penabur yang dipercayai digunakan suspek ketika kejadian tersebut.

“Kedua-dua suspek tersebut didapati menjalankan aktiviti memburu secara haram dan salah seorang telah melepaskan tembakan ke arah mangsa yang disangka binatang liar.

“Permohonan tahanan reman akan dibuat ke atas kedua-dua suspek di mahkamah dan kes diklafikasikan sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal terhadap kedua suspek mendapati senjata api yang digunakan ketika kejadian itu dilesenkan atas nama bapa kepada salah seorang suspek berkenaan.

Bagaimanapun, menurut beliau kedua suspek yang menggunakan senjata api tersebut untuk aktiviti memburu itu tidak memiliki sebarang lesen untuk menggunakan senjata api berkenaan.

“Pihak polis masih menjalankan siasatan menyeluruh daripada pelbagai sudut untuk melengkapkan siasatan kertas siasatan,” katanya.

Menurut Mancha, hasil bedah siasat terhadap mayat mangsa mengesahkan punca kematiannya adalah disebabkan luka tembakan di bahagian kiri belakang badan yang turut melibatkan beberapa organ penting mangsa.

Katanya, sebelum kejadian, penduduk tempatan turut dimaklumkan berkenaan latihan yang sedang dilakukan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di kawasan berkenaan yang merupakan prosedur utama keselamatan semasa latihan oleh ATM. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan