Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razaruddin Husain. Foto fail: Bernama.

Polis kesan individu rakam video turunkan Jalur Gemilang

ByBernama

KUALA LUMPUR, 25 Sept: Polis sedang mengesan seorang lelaki tempatan disyaki terlibat dalam merakam video menurunkan Jalur Gemilang dan digantikan dengan bendera Sabah dan Sarawak di Melbourne, Australia 16 Sept lepas.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata semakan polis mendapati lelaki berusia 37 tahun itu keluar dari negara pada tahun 2016 dan tiada rekod masuk semula ke Malaysia selepas itu.

“Selain lelaki itu, turut disiasat satu pertubuhan bukan kerajaan iaitu Republic of Sabah North Borneo (RSNB).

“Semakan melalui OSINT (Open Source Intelligence) mendapati RSNB didaftarkan di Australia dan kita masih menunggu untuk mendapatkan pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS),” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata kes sedang dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman dan disiasat di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan/505 (b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998.

Terdahulu, tular satu video berdurasi lapan minit 13 saat memaparkan tindakan sekumpulan individu menurunkan Jalur Gemilang sebelum menaikkan bendera Sabah dan Sarawak pada paras separuh tiang di depan bangunan Parlimen di Victoria, Melbourne. – TVS

Tags: KPN, OSINT, RSNB

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan