Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perbincangan mengenai pengagihan gas di Sarawak dapat diselesaikan dengan sasaran pada Oktober tahun ini. Foto hiasan

Perbincangan mengenai pengagihan gas antara PETROS dan PETRONAS disasar selesai tahun ini

ByNur Suhaida Muliyono

KOTA SAMARAHAN, 25 Sept: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yakin perbincangan mengenai pengagihan gas di Sarawak dapat diselesaikan dengan sasarannya pada Oktober tahun ini.

Menurutnya, perbincangan antara Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) dengan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) yang berlangsung semalam berjalan dengan baik.

“Kita sasarkan pada Oktober tahun ini. Kalau masih ada lagi perkara yang perlu diselesaikan itu, kita tangguhlah.

“Saya kira tidak lama lagi ia akan selesai. Jangan gelojoh sangat,” katanya pada sidang media selepas merasmikan bangunan baharu Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak (PPNS) di sini, hari ini.

Beliau menambah, meskipun sasaran adalah pada Oktober, masih terdapat beberapa aspek teknikal yang perlu diperhalusi antara dua syarikat minyak itu.

Semalam, Kerajaan Sarawak, PETRONAS dan PETROS mengeluarkan kenyataan bersama menyatakan PETRONAS tidak akan mengambil tindakan undang-undang berhubung pengagihan gas di Sarawak.

Dalam pada itu, PETROS diberikan kuasa dari sudut kawal selia pengagihan gas di negeri ini sepenuhnya bermula 1 Julai tahun ini yang disusuli dengan PETRONAS memohon penangguhan bagi memberi ruang perbincangan.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan