Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Abu Bakar Martin ketika ditemui selepas acara Penyampaian Pingat Para Catur pada Para SUKMA 2024 di Kuching, hari ini. Foto Zaim Zharfan

Perak mahu kuasai acara catur Para SUKMA 2024

KUCHING, 25 Sept: Pasukan catur Perak menanam hasrat untuk merampas penguasaan Johor pada edisi lalu pada Para SUKMA Sarawak 2024.

Pada hari pertama acara para catur, Perak mempamerkan aksi cemerlang selepas berjaya membolot separuh daripada emas yang dipertandingkan hari ini dengan pungutan pingat sebanyak enam emas.

Menurut, Ketua Jurulatih Para Catur Perak, Abu Bakar Martin, beliau menganggap pencapaian hari ini sebagai permulaan dalam misi merampas kembali penguasaan mereka pada SUKMA edisi lalu.

“Dua tahun lepas memang Johor mengatasi Perak. Memang kali ini sasaran kita kalau boleh dapat mengatasi Johor.

“Kami mahu balas dendam dengan ingin mencapai kejuaraan edisi kali ini. Namun, kami ingin bersaing secara sihat dan meraih kemenangan yang diimpikan selama ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui TVS selepas acara Penyampaian Pingat Para Catut pada Para SUKMA 2024 di sini, hari ini.

Abu Bakar optimis pasukan Perak dapat melepasi sasaran pingat sekali gus menguasai acara itu.

Tambahnya, pencapaian meraih enam pingat emas hari ini sudah cukup memadai kerana dapat mencapai sasaran yang ditetapkan.

Dalam misi untuk memburu kejuaraan edisi tahun ini, sokongan dan dorongan dari pelbagai pihak turut menjadi pembakar semangat kontinjen Perak untuk menunjukkan penampilan terbaik.

Abu Bakar turut menyampaikan perasaan syukurnya kepada pihak kerajaan yang telah memberi kepercayaan kepadanya untuk membimbing dan melatih atlet para Perak.

“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Perak serta Jabatan Belia dan Sukan Perak kerana banyak menyokong kami dan memberi dorongan sepenuhnya kepada kami.

“Saya bersyukur dapat diberi kepercayaan untuk menjadi jurulatih Perak dan kejayaan ini tidak akan dapat dijayakan tanpa pelbagai pihak yang banyak membantu saya serta kontinjen Perak, “ ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan