Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bank Pembangunan Asia yang berpengkalan di Manila menaikkan sedikit unjuran pertumbuhan ekonomi 2024 bagi Asia kepada 5.0 peratus tahun ini, meningkat berbanding 4.9 peratus yang diunjurkan pada April. Foto, Envato.

Pelaburan AI, inflasi reda dijangka bantu pertumbuhan ekonomi Asia tahun ini

MANILA, 25 Sept: Pelaburan global yang melonjak dalam kecerdasan buatan serta inflasi yang semakin mereda diramal akan memberikan pertumbuhan ekonomi yang mampan kepada Asia pada tahun ini dan 2025, kata Bank Pembangunan Asia pada hari Rabu.

Dengan eksport barangan melonjak 8.0 peratus pada Julai, institusi kewangan yang berpangkalan di Filipina itu menaikkan sedikit unjuran pertumbuhan ekonomi 2024 bagi Asia kepada 5.0 peratus tahun ini, meningkat berbanding 4.9 peratus yang diunjurkan pada April.

Ia mengekalkan ramalan 2025 iaitu pada 4.9 peratus.

Pertumbuhan di Asia merujuk kepada 46 negara ekonomi baharu muncul yang memberi pelbagai pinjaman bermula dari Kazakhstan di Asia Tengah hingga ke Kepulauan Cook di Kepulauan Pasifik.

“Pengeksport teknologi berpendapatan tinggi mendapat manfaat apabila jualan global semikonduktor meningkat di tengah-tengah permintaan kukuh untuk produk kecerdasan buatan dari China, Taiwan dan Korea Selatan, kata ketua ekonomi ADB Albert Park.

Bank itu menurunkan unjuran inflasi Asia tahun ini kepada 2.8 peratus, berbanding 3.2 peratus pada April berikutan harga makanan yang turun lebih perlahan daripada jangkaan di China.

Ramalan inflasi untuk 2025 yang disemak juga telah diturunkan kepada 2.9 peratus berbanding 3.0 peratus awal tahun ini yang akhirnya akan melonggarkan dasar monetari bagi menyokong aktiviti ekonomi.

Mengurangkan inflasi, peningkatan permintaan global untuk elektronik serta kereta dan kapal dari China dan Korea Selatan dan prospek pertumbuhan yang lebih baik untuk ekonomi maju utama itu turut membantu prospek Asia, kata bank berkenaan dalam satu laporan.

Eksport bukan elektronik juga berkembang walaupun pada kadar lebih sederhana, menurut laporan Tinjauan Pembangunan Asia yang diterbitkan oleh bank itu dua kali setahun.

ADB bagaimanapun berkata Beijing berkemungkinan gagal mencapai sasaran pertumbuhan lima peratus pada 2024 apabila meramalkan pengembangan sebanyak 4.8 peratus.

Selepas pertumbuhan 5.2 peratus tahun lalu, ekonomi China dijangka berkembang sebanyak 4.5 peratus pada 2025 menurut laporan itu.

“Kelemahan sektor hartanah yang berlarutan menjejaskan sentimen pengguna dan perbelanjaan isi rumah walaupun pelaburan yang lebih tinggi disokong oleh rangsangan monetari dan fiskal sebahagian dapat mengimbanginya,” tambahnya.

Beijing pada Selasa mengumumkan apa yang disifatkan penganalisis sebagai pakej rangsangan paling penting dalam beberapa tahun ini untuk meningkatkan ekonomi yang sedang bergelut.

Ketua ekonomi ADB memberitahu bahawa pakej itu ‘baik untuk dilihat’ tetapi masih perlu diperhalusi sama ada ia akan berfungsi atau sebaliknya.

Bank itu turut memberi amaran tentang kemungkinan peningkatan dalam perlindungan, bergantung kepada keputusan pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) pada November.

Selain itu terdapat kemungkinan tarif menyeluruh yang lebih tinggi oleh AS ke atas semua import global dan kenaikan duti yang dikenakan oleh Beijing dengan memberi kesan kepada negara Asia yang membangun.

Asia Selatan pula akan menjadi bahagian yang paling pesat berkembang di rantau ini pada 2024 kata bank itu walaupun selepas pertumbuhan ekonomi India perlahan pada separuh pertama.

Dibantu oleh perbelanjaan kerajaan dan penggunaan swasta, ekonomi India diramalkan berkembang sebanyak 7.0 peratus tahun ini dan 7.2 peratus pada 2025.

Angka itu diramalkan selepas pertumbuhan 8.2 peratus tahun lepas. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan