Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan boling tenpin Sarawak yakin dapat mencapai sasaran 10 pingat emas pada kempen Para SUKMA 2024. Foto Akma Salleh (TVS)

Pasukan boling tenpin Sarawak yakin capai sasaran 10 pingat emas

ByAkma Salleh

KUCHING, 25 Sept: Pasukan boling tenpin Sarawak yakin dapat mencapai sasaran 10 pingat emas pada Para Sukan Malaysia (SUKMA) 2024.

Jurulatih pasukan, Myron Khoo berkata, berdasarkan prestasi yang ditunjukkan atletnya pada Selasa dan hari ini, dia yakin sasaran itu dapat dicapai.

“Sekarang kita sudah meraih lima pingat emas. Kita masih ada esok dan Jumaat untuk merebut emas yang masih dipertandingkan itu.

“Bagi saya untuk acara esok hari, mungkin tiga acara boleh merangkul emas, iaitu acara beregu TPB1 + TPB3, acara beregu TPB4 terbuka dan acara beregu TPB8 manakala bagi acara beregu TPB10, mungkin boleh meraih sekurang-kurangnya perak atau gangsa,” katanya ketika ditemui TVS di Megalanes Emart, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Myron berkata, terdapat lebih 20 muka baharu yang bertanding pada edisi ini.

Beliau berharap mereka dapat meneruskan momentum kerana sudah melakukan persiapan rapi sejak tahun lepas.

“Mereka semua melakukan yang terbaik, seperti semalam, atlet baru dari Miri, Jacqueline Kaboh berjaya meraih pingat emas dalam acara perseorangan wanita TPB3.

“Cuma yang saya agak terkejut tahun ini adalah prestasi dari atlet Pahang, tahun sebelumnya mereka belum menunjuk belang dan tahun ini Pahang saya boleh katakan ‘boleh tahan’,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan